Assalamualaikum pembaca budiman...
Alhamdulillah akhirnya aku berada di sini, di dada blog yang sibuk dicanang-canang akan membawa aku pada anjakan yang baru. Anjakan yang bakal memberikan aku dimensi berbeza, walaupun warnanya sama. Dunia blogging yang dikatakan lebih stabil dan lebih reliable untuk usahawan online!
Maka di sinilah aku bermula.....
Dahulu, aku seronok menempel iklan di dinding-dinding facebook. Dengan harapan dan cita-cita menggunung bahawa ada yang akan tertarik dengan apa yang aku tawarkan dan kemudiannya membeli. Seronok membayangkan ada nilai ringgit bertukar tangan dan keuntungan yang boleh dituai untuk memenuhi keperluan mahupun kehendak. Keperluan membayar sewa rumah, belanja dapur, pakaian yang cantik dan berjenama. Tidak kurang juga pada kehendak untuk memiliki gajet yang mahal-mahal, kosmetik berjenama, trip bercuti bersama keluarga dan teman juga cita-cita ingin memiliki rumah mewah dan kereta mahal.
Keghairahan itu semua menjadikan aku begitu komited untuk menempel lebih banyak iklan, lebih banyak gambar-gambar yang diharap dapat menekan butang membeli dan mengarang banyak skrip-skrip memujuk. Hari demi hari, bulan demi bulan... aku cuba bertahan dan mencuba pelbagai cara hingga akhirnya aku mula merasakan yang aku sudah kehilangan stamina. Mulai patah semangat.
Sendirian meladeni keinginan berbisnes membuatkan keghairahan aku mula luput. Nafas tersangkut. Duit mulai menyusut. Tanpa ada tanda-tanda ringgit itu akan bertambah, di bank mahpun di dompet. Ringgit-ringgit yang aku selit di poket mahupun di bawah lapik meja juga mulai ku selak satu persatu.
Pekerjaan?
Cerita pasal dunia kerjaya, aku melabel diriku sebagai pekerja setia. Maka, sudah nasib pekerja setia, gaji yang naik saban tahun hanyalah beberapa persen. Tatkala teman-teman sebaya mulai mencapai kejayaan dengan tangga gaji yang selesa, aku selesa berdikit-dikit dalam berbelanja demi simpanan masa depan. Bukanlah aku enggan lompat-lompat kerja, almaklumlah aku perhatikan teman-teman yang bertukar pekerjaan setiap 8 bulan sekali menerima tawaran kenaikan gaji sehingga 20 & 30%. Pedulilah kalau orang kata aku selesa dalam zon kerjaya ini tetapi aku berpegang pada rasa amanah dan tanggungjawab untuk melunaskan kendalian projek-projek pembinaan yang diserahkan kepadaku. Oleh itu, kerja lewat malam kadangkala mengorbankan hujung minggu.
Namun, persepsi aku mulai berubah. Sejak aku perhatikan kumpulan ini di dalam diam. Jujur aku katakan ku bersikap prejudis pada kelompok ini yang pada aku sama sahaja seperti kelompok-kelompok yang lain. Makan duit atas usaha orang-orang yang bekerja keras di bawahnya.
Tetapi saban hari aku perhatikan kelompok ini bukan sahaja tidak menjual atau menyumbat newsfeed facebook dengan ayat-ayat iklan apatah lagi memaksa orang membeli, malahan banyak perkara-perkara positif yang dikongsi. Sedikit sebanyak aku turut terpanggil untuk ikut berhijrah.
Jika ajakan supaya sentiasa positif dan memperbaiki diri dikatakan perangkap?
Jika ajakan supaya meningkatkan hubungan rohani dengan Allah dikatakan perangkap?
Jika ajakan supaya memperbetulkan niat untuk berbisnes demi membantu orang lain dikatakan perangkap?
Jika ajakan supaya menjadi solusi pada masalah dikatakan perangkap?
Jika semua ajakan ini dikatakan perangkap, maka aku rela terjun ke dalam lubang perangkap itu.
Alhamdulillah, sejak aku terjun ke dalam lubang perangkap itu dunia luas terbentang di hadapan mataku. Walaupun sekadar silent reader, banyak ilmu yang dikongsi membuka mata. Ilmu yang menanti untuk aku praktiskan. Ditambah pula dengan kumpulan sokongan yang sedia 24/7 untuk membantu dari segi ilmu produk dan juga ilmu pemasaran.
Bonusnya, aku selalu dihadiahkan peringatan supaya kekal istiqomah. Menyerahkan segalanya dengan yakin pada Allah. Kemudian berdoa dan berusaha.
Oleh itu, aku dengan rela hati membuat deklarasi, bahawasanya aku telah sah menjadi:
Shaklee Independent Distributor (ID#1179433).
COD bagi kawasan sekitar Taman Bukit Indah, Johor Bharu, Johor.
Kiriman pos bagi semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.
Email: ninag0m3z@gmail.com
Hp: 6013-7671013
***************************************************
Semoga aku dapat membantu lebih ramai lagi insan yang memerlukan di luar sana.
Semoga aku berhasil menjadi solusi.
Semoga rezeki yang ku perolehi diberi barokah.
Semoga kejayaan milik aku dan juga engkau!!!
Salam kejayaan, salam kekayaan dunia & akhirat.. wallahua'lam!






No comments:
Post a Comment