Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, 18 February 2015

aku bukan engineer..

As salam...heww..heww..heww..

Tak sabar rasanya nak bercuti sempena CNY 2015 ni..penat otak aku..badan aku..urat saraf n urat sendi aku ni bekerja...risau gak klu tiba2 pengsan..ecehhh..poyo benor...hehehe.. tapi betul ni..bkn citer bohong..setahun lebih aku keje sejak amik scroll..ehh..sblm konvo aku dah keje..hbs final exam,lepas 2 minggu camtu..aku dah keje...1st day masuk keje dah bergulung-gulung drawing menunggu utk dibuka..dibelek..dikaji..lalu menghasilkan sebuah harga tender...haaaa...menangis otak nk memikirnya...untung-rugi semua bergantung kepada aku..kang salah kira qty..salah masuk harga...silap2 bole lingkup bos aku..tu yang kdg2 sampai termimpi-mimpi..hehehe..dlm tido pun kdg2 bole mimpi ape yg miss utk dikira...haaaa...hebat x? Hebatlah sgt...org hebat x menggelabah biawak camni la..adoii..
mesti korang tertanya-tanya aku keje ape kan? Ala...kerani photostet je...semakin byk document or drawing yg aku perlu photostet..makin besar la nilai projek company aku tu...haa..bkn ssh pun nak estimate kan? So, klu korang nak tahu company korang tu untung ringgit2 or juta2..cer kira brp byk document yg diphotostet...hahaha
Hari2...rutin pekerja site ni, kena sampai site sebelum pukul 8 pagi..coz ada toolbox meeting...toolbox meeting ni adalah sebagai reminder kpd pekerja2 site ttg pentingnya keselamatan semasa bekerja ditapak...biasanya turut diselitkan isu2 keselamatan yg berlaku semalam or sebelumnya..kadang2 ada gak penyampaian hadiah kepada para pekerja yg berjaya mengikut langkah2 keselamatan sepenuhnya...kadang2 ada jugak yg menerima hadiah kerana dapat menjawab soalan tentang isu2 keselamatan. Ini semua dilakukan bg menghargai pekerja2 bawahan dan membantu menerbitkan rase seronok bekerja.. itu mereka...tp aku? Hahaha..aku start keje pukul 8.30pm...toolbox? Mmg x la...hehehe...pernah gak try nak join toolbox...tp semua tinggal angan2...aku bersiap pun dah berjam2...nk sembur toner la..serum la..myk argan la...(semua guna secretleaf brand..pilih yg semulajadi,yg takde bahan kimia) haaa..keje site ni mmg ssh sikit... klu sebelum ni..cara penjagaan kulit hanya biasa2..tp skrg kena amik langkah luarbiasa...supplement pun kena mkn jugak...tak kira la vitamin e ke vitamin c ke..collagen pun kena minum gak...skrg ni aku guna shaklee..dah jd agent pun.. mmg aku akui..ada sikit kesannya bila mkn vita e n vita c ni.. biasa aku mkn sebelum tido...alhamdulillah..bangun tido pun x liat mcm sebelum ni..badan pun rase segar..klu x..mak aii..letih betul..nk bukak mata pun ssh...maklumlah..keje kat site...hari2 balik lewat...
Haa..klu ada yg x kenal lagi vita-e & vita-c...ni lah dia..sebotol bole tahan berbulan-bulan...nk harga istimewa..bole dapatkan dari aku..hehehe..

Ni plak minyak argan..pure minyak argan..takde bahan campuran langsung.. biasa aku pakai 2/3 minggu sekali..minyak argan ni fungsinya untuk hilangkan kedut,jerawat n jeragat..ia gak mampu memudarkan parut..harga pun x mahal.. rm57 je.. klu nak tahu..minyak argan ni dihasilkan,diproses dan dijual oleh Secretleaf International Sdn Bhd..100% keluaran org melayu. Selain minyak argan, ada gak jual toner,serum,pencuci muka,hair gel,lipstik, dan mcm2 lagi.. dan yg lebih penting..aku adalah agent secretleaf yg sah...hehehe..

Haaa..ni plak gambar aku tengah kutip drawing yang berterabur ditiup angin..hehehe..masa ni aku and adik aku tengah check level..tgah check ketebalan slab/lantai yang bakal dikonkrit.. masa ni, ketebalan konkrit dah berubah dari ketebalan asal..so,aku kena kira lebihan konkrit yang akan berlaku..lepas tu adalah langkah seterusnya..adalah document2 yang perlu aku sediakan...hehehe..
oklah..mak aku ajak gi batu pahat lagi...boring katanya hari2 duduk memerap kat rumah.. as salam




Sunday, 8 February 2015

misi mencari mee udang

As salaam..
dah lame x update blog sejak 1st entry.. hari ini kena gak update..sebab..sebab..sebab..aku dapat mkn mee udang...!!
Dah lame mengidam sejak jadi viral kat fb..tp bukan mkn mee udang kuala sepetang...ni mee udang parit karjo,parit raja. Haaaa..sedap2...bole la..harga pun murah..rm5 je..ada udang galah 3 ekor...ok lettew...
Haaaaa..nmpk2..byk tak udang? Tak rugi pun dtg dari jauh...rase ok2 je..tp yg penting udang byk kan..kan.. nak dijadikan citer..aku dgn kakak,adik,mak and bapak aku sampai kat warung ni pukul 6pm..and warung tu bukak lepas maghrib..tapi sebab kami sampai awal...team wak karjo ni gagahkan jugak masak mee udang untuk kami..consider bukak awal la tu sbb kami sampai awal...Haaaaa..ni baru betul..camni cara layan kami confirm leh maju dgn jayanya...hebat x org parit karjo? Hehehehe...
tengok gambar kat bawah ni..ini antara menu2 yg disediakan..
So,kalau ada yang alah pada makanan yg berasakan laut ke pantai ke..ape ke bole la pilih menu lain...mee bandung pun hadooo...
lepas ni klu datang lagi aku nak promote produk shaklee plak kat tukang masak n pelayan...suruh jadi ahli...haaa...diorang mesti penat layan pelanggan..confirm perlukan supplement kan..kan.. bole ke gitu? Hehehe...


Sunday, 1 February 2015

Satu lagi perangkap MLM

Assalamualaikum pembaca budiman...
 
Alhamdulillah akhirnya aku berada di sini, di dada blog yang sibuk dicanang-canang akan membawa aku pada anjakan yang baru. Anjakan yang bakal memberikan aku dimensi berbeza, walaupun warnanya sama. Dunia blogging yang dikatakan lebih stabil dan lebih reliable untuk usahawan online!
 
Maka di sinilah aku bermula.....
 
Dahulu, aku seronok menempel iklan di dinding-dinding facebook. Dengan harapan dan cita-cita menggunung bahawa ada yang akan tertarik dengan apa yang aku tawarkan dan kemudiannya membeli. Seronok membayangkan ada nilai ringgit bertukar tangan dan keuntungan yang boleh dituai untuk memenuhi keperluan mahupun kehendak. Keperluan membayar sewa rumah, belanja dapur, pakaian yang cantik dan berjenama. Tidak kurang juga pada kehendak untuk memiliki gajet yang mahal-mahal, kosmetik berjenama, trip bercuti bersama keluarga dan teman juga cita-cita ingin memiliki rumah mewah dan kereta mahal.
 
Keghairahan itu semua menjadikan aku begitu komited untuk menempel lebih banyak iklan, lebih banyak gambar-gambar yang diharap dapat menekan butang membeli dan mengarang banyak skrip-skrip memujuk. Hari demi hari, bulan demi bulan... aku cuba bertahan dan mencuba pelbagai cara hingga akhirnya aku mula merasakan yang aku sudah kehilangan stamina. Mulai patah semangat.
 
Sendirian meladeni keinginan berbisnes membuatkan keghairahan aku mula luput. Nafas tersangkut. Duit mulai menyusut. Tanpa ada tanda-tanda ringgit itu akan bertambah, di bank mahpun di dompet. Ringgit-ringgit yang aku selit di poket mahupun di bawah lapik meja juga mulai ku selak satu persatu.
 
Pekerjaan?
 
Cerita pasal dunia kerjaya, aku melabel diriku sebagai pekerja setia. Maka, sudah nasib pekerja setia, gaji yang naik saban tahun hanyalah beberapa persen. Tatkala teman-teman sebaya mulai mencapai kejayaan dengan tangga gaji yang selesa, aku selesa berdikit-dikit dalam berbelanja demi simpanan masa depan. Bukanlah aku enggan lompat-lompat kerja, almaklumlah aku perhatikan teman-teman yang bertukar pekerjaan setiap 8 bulan sekali menerima tawaran kenaikan gaji sehingga 20 & 30%. Pedulilah kalau orang kata aku selesa dalam zon kerjaya ini tetapi aku berpegang pada rasa amanah dan tanggungjawab untuk melunaskan kendalian projek-projek pembinaan yang diserahkan kepadaku. Oleh itu, kerja lewat malam kadangkala mengorbankan hujung minggu.
 
Namun, persepsi aku mulai berubah. Sejak aku perhatikan kumpulan ini di dalam diam. Jujur aku katakan ku bersikap prejudis pada kelompok ini yang pada aku sama sahaja seperti kelompok-kelompok yang lain. Makan duit atas usaha orang-orang yang bekerja keras di bawahnya.
 
Tetapi saban hari aku perhatikan kelompok ini bukan sahaja tidak menjual atau menyumbat newsfeed facebook dengan ayat-ayat iklan apatah lagi memaksa orang membeli, malahan banyak perkara-perkara positif yang dikongsi. Sedikit sebanyak aku turut terpanggil untuk ikut berhijrah.
 
Jika ajakan supaya sentiasa positif dan memperbaiki diri dikatakan perangkap?
 
Jika ajakan supaya meningkatkan hubungan rohani dengan Allah dikatakan perangkap?
 
Jika ajakan supaya memperbetulkan niat untuk berbisnes demi membantu orang lain dikatakan perangkap?
 
Jika ajakan supaya menjadi solusi pada masalah dikatakan perangkap?
 
Jika semua ajakan ini dikatakan perangkap, maka aku rela terjun ke dalam lubang perangkap itu.
 
Alhamdulillah, sejak aku terjun ke dalam lubang perangkap itu dunia luas terbentang di hadapan mataku. Walaupun sekadar silent reader, banyak ilmu yang dikongsi membuka mata. Ilmu yang menanti untuk aku praktiskan.  Ditambah pula dengan kumpulan sokongan yang sedia 24/7 untuk membantu dari segi ilmu produk dan juga ilmu pemasaran.
 
Bonusnya, aku selalu dihadiahkan peringatan supaya kekal istiqomah. Menyerahkan segalanya dengan yakin pada Allah. Kemudian berdoa dan berusaha.
 
Oleh itu, aku dengan rela hati membuat deklarasi, bahawasanya aku telah sah menjadi:
 
Shaklee Independent Distributor (ID#1179433).
 
COD bagi kawasan sekitar Taman Bukit Indah, Johor Bharu, Johor.
 
Kiriman pos bagi semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.
 
 
Hp: 6013-7671013
 
***************************************************
 
Semoga aku dapat membantu lebih ramai lagi insan yang memerlukan di luar sana.
 
Semoga aku berhasil menjadi solusi.
 
Semoga rezeki yang ku perolehi diberi barokah.
 
Semoga kejayaan milik aku dan juga engkau!!!
 
Salam kejayaan, salam kekayaan dunia & akhirat.. wallahua'lam!
 
 
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates